Friday, November 18, 2016

Keputusan UPSR 2016

Alhamdulillah, keputusan UPSR yang di tunggu-tunggu akhirnya telah diumumkan semalam, 17 November 2016. Keputusan UPSR SK Pulau Mertajam telah diserahkan oleh guru besar SKPM, Pn Siti Aloyah binti Jidin. Tahniah diucapkan kepada adik Nur Elhaira Ainis atas kejayaan beliau memperoleh keputusan 5A 1B. Semoga kejayaan beliau menjadi pemangkin kepada murid-murid yang lain.






Thursday, November 10, 2016

Program Usahawan Tahun 6

Program Usahawan Tahun 6 telah diadakan sempena Program Selepas UPSR. Program telah diadakan pada 9 November 2016. Program ini melibatkan semua murid tahun 6 yang mana mereka berniaga menjual makanan kepada murid-murid lain. Alhamdulillah, program tesebut telah menunjukkan hasil yang positif di mana ia telah berjaya melatih murid-murid untuk menjadi peniaga yang berjaya. Tahniah diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pulau Mertajam. 













Tuesday, November 1, 2016

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Pulau Mertajam

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Pulau Mertajam telah diadakan pada 9 September 2016. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Kayuhan Merdeka, Bicara Merdeka, Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Nyanyian Lagu Patriotik dan Pakaian Beragam Merdeka. Alhamdulillah, keadaan cuaca yang cerah membolehkan aktiviti dijalankan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Tuesday, September 6, 2016

#Throwback: Majlis Anugerah Cemerlang 2016


Majlis Anugerah Cemerlang SK Pulau Mertajam telah diadakan pada 9 April 2016. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhimatan Awam Malaysia. Majlis telah diadakan di dewan terbuka SK Pulau Mertajam. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Semoga kejayaan yang dikecapi akan terus dikekalkan. YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal turut merasmikan dewan terbuka SK Pulau Mertajam.


































Monday, September 5, 2016

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2016

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid tahun 6 SK Pulau Mertajam. Lakukan yang terbaik dan semoga kejayaan menjadi milik anda.


Monday, February 1, 2016

Pelancaran Program Dekat Padamu

Program ini melibatkan semua murid tahun 6 SK Pulau Mertajam. Setiap murid tahun 6 dibahagi kepada semua guru yang berperanan sebagai mentor. Tujuan program ini ialah untuk membantu membimbing murid supaya mendapat kejayaan dalam peperiksaan UPSR tahun ini.